Tok forum dipolah khas pakey keluarga-keluarga kita, dan keluarga terdekat.. so... apa2 hal, ngkah rah sitok.. gambar raya.. announcement, perbincangan keluarga.... semua kat sitok. Mari kita mengeratkan silaraturrahim....
 
HomePortalFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Rosma & Khai

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder


Number of posts : 293
Age : 35
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

PostSubject: Rosma & Khai   Sat May 10, 2008 12:51 pm

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri





PUTRAJAYA, 26 APRIL 2008: Penyanyi lagu 'Dambaan Pilu', Mohd Khairul Nizam Mohammad Wahi, 29, atau Khai dan pasangannya, Rosmayati Sidik, 23 atau Rosma
kini sah menjadi suami isteri. Perkahwinan ini melengkapkan hubungan
cinta lima tahun mereka. Mereka dinikahkan dengan mas kahwin RM100 oleh
jurunikah Masjid Putra, Putrajaya setelah diwakilkan oleh bapa Rosma,
Sidik Abu Bakar, tepat pukul 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan
pada majlis yang sama. Jurunikah mereka ialah Haji Abdul Manaf Mat yang
sebelum ini pernah menikahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Majlis persandingan pasangan diadakan esoknya
pada 27 April 2008 di Dewan Persidangan Putrajaya berkonsepkan moden
kontemporari.


Khai datang membawa sembilan dulang hantaran
bersama wang hantaran RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan
jenama Guess, kasut, sejadah, telekung dan senaskhah al-Quran. Rosma
pula membalas dengan sebelah dulang hantaran berupa kek, sirih junjung,
minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan
senaskhah al-Quran. Kesemua hiasan hantaran ini adalah hasil kreatif
sentuhan ibu pengurus mereka, Fizi.


Bercinta 5 tahun
Bibit-bibit
percintaan pasangan itu mula terbit ketika mereka sama-sama menyertai
rancangan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia musim pertama
pada tahun 2003.


Bertunang hanya 2 jam
Sebelum majlis
akad nikah berlangsung di Masjid Besar, Putrajaya, upacara pertunangan
diadakan terlebih dahulu iaitu bermula tepat jam 10 pagi di lokasi yang
sama. Upacara ini dilaksanakan ibu Khai sendiri iaitu Sharifah Alwiyah
Syed Abdul Kadir dengan menyarungkan cincin ke jari manis Rosma.


Rosma menjelaskan: “Kami terlalu sibuk dan
tiada pilihan untuk memilih tarikh bertunang. Jadi, kami sepakat untuk
memilih hari yang sama untuk bertunang. Sebenarnya, kami rancang
berkahwin pada tahun lepas tetapi disebabkan komitmen terhadap kerjaya
kami terpaksa tangguhkan seketika. Lagi pun, keluarga kami sudah
memberitahu, jika betul-betul sudah bersedia barulah beritahu mereka.
Apa yang jelas, kami sudah 5 tahun bercinta dan takkanlah kami mahu
tangguh 5 tahun lagi. Sepatutnya, kami mahu bernikah beberapa hari
selepas hari lahir saya iaitu 16 April lalu tapi tarikh itu tak sesuai.
Kami memilih tempat ini disebabkan keluarga kami ada yang tidak pernah
datang ke Putrajaya. Jadi inilah masanya kami membawa mereka ke sini.
Tak sangka pula hampir 100 sanak-saudara hadir. Semuanya datang dari
Johor Bahru, Terengganu dan Pahang."


Bulan Madu ditaja
Percutian
bulan madu Khai dan Rosma ditaja oleh Aura Seri. Namun mereka belum
terfikir tentang bila dan di mana mereka akan pergi.

Mahu empat orang anak
“Insya-Allah, jika ada rezeki, kami rancang mahu 4 orang anak. Kalau boleh 2 lelaki dan 2 perempuan,” kata Khai.


“Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula
memang rasa berdebar tetapi bila sudah selesai akad nikah mula rasa
lapang dan lega sangat. Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini
merupakan permulaan untuk saya memikul tanggungjawab,” kata Khai lagi.
Tambah Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di Seri
Kembangan, Selangor untuk memudahkan perjalanan aktiviti seni di
sekitar Kuala Lumpur.


Antara artis yang turut menyerikan majlis ialah
Adi Fashla, Nurul dan Sahri. Info tentang majlis perkahwinan mereka
didengar melalui radio rasmi perkahwinan mereka iaitu Xfresh FM.
Back to top Go down
View user profile http://sharifahhuzaimah.com
 
Rosma & Khai
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Zens Family :: Berita :: Berita hal artis-
Jump to: