Tok forum dipolah khas pakey keluarga-keluarga kita, dan keluarga terdekat.. so... apa2 hal, ngkah rah sitok.. gambar raya.. announcement, perbincangan keluarga.... semua kat sitok. Mari kita mengeratkan silaraturrahim....
 
HomePortalFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Berhati-hati Lepak di WaterFront Malam Ari

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder


Number of posts : 293
Age : 35
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

PostSubject: Berhati-hati Lepak di WaterFront Malam Ari   Wed Jun 11, 2008 11:45 am

Berhati-hati Lepak di Waterfront malam ari, especially ROI, PUDIN, SOFREE, dan kawan-kawan nya..



KUCHING: Satu rompakan berlaku di Tebingan Kuching di sini pada awal
pagi semalam melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau pena dan
pisau pemotong.



Mangsa, seorang lelaki berusia 20-an dirompak oleh tujuh lelaki
ketika menuju ke keretanya yang diletakkan tidak jauh dari tempat
kejadian selepas minum bersama rakan-rakannya.



Menurut mangsa, dia tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki yang
mengacukan senjata yang dibawa ke arahnya sambil meminta beg dan
telefon bimbit mangsa jenis Nokia 6300.



Bimbangkan keselamatannya, mangsa melakukan seperti diarah tetapi
meminta MyKad miliknya daripada perompak-perompak berkenaan yang terus
meninggalkan lokasi kejadian.


Pada lewat pagi hari sama, mangsa berkata dia terkejut apabila
seorang pengawal keselamatan Tebingan Kuching datang ke rumahnya dan
mengembalikan lesen memandu serta kunci rumahnya.


Menurut pengawal itu, barang milik mangsa dijumpai di sekitar Tebingan Kuching.

Sejurus selepas itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada
rakannya yang kebetulan pemilik kedai telefon bimbit di Kenyalang Park
mengatakan telefon bimbitnya yang dicuri telah dibawa ke kedainya.


Setibanya di kedai berkenaan, mangsa bertemu dengan orang yang
menyerahkan telefon bimbitnya kepada rakannya (pemilik kedai) tetapi
mengesahkan bahawa orang itu bukan sebahagian daripada perompak yang
merompaknya.



Mangsa diberitahu bahawa lelaki berkenaan telah membeli telefon
bimbitnya pada harga RM200 daripada perompak berkenaan di Tebingan
Kuching awal pagi sama dan pergi ke kedai itu untuk memformat semula
kad memori telefon itu. Lelaki itu kemudiannya menemani mangsa ke Balai
Polis Simpang Tiga untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.
Back to top Go down
View user profile http://sharifahhuzaimah.com
 
Berhati-hati Lepak di WaterFront Malam Ari
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Halifax waterfront memorial

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Zens Family :: Berita :: Berita luar-
Jump to: